Isnin, 28 September 2009

Ruang menonton @ bersantai


Inilah tempat anak-anak melepak dan melakukan aktiviti kesukaan mereka iaitu tgk tv dan main komputer game. kekadang ada juga petik keyboard buat lagu happy birthday yg senang2 aje.jadile lepas tension bila wayar komputer disorokkan hihi.kat belakng tu, tempat kami semua menjamu selera le. Nak makan pun tv tak lekang.

Gaya hiasan terkini


Kalau mengikuti aliran hiasan dalaman, now org ramai cuba gaya inggeris. Susah gak nak ikut sebab kebanyakan perabot fesyen antik. jadi nak dijadikan cerita, tahun ni saya cuba lak campuradukkan gaya inggeris ke dalam gaya antik. apa jadi tak tau le. hantam saja labu....

Ruang Menerima Tetamu

Ruang ini sederhana aje. Selalunya jarang diganggu oleh hero-heroku , so
nampak kemas sentiasa. Nak tau apa petuanya. senang aje. jangan letak peti televisyen kat sini, kalu tak pasti bersepah. Bukan cakap aje, dah cuba bertahun2. Tak caya, cubalah

Meja konsul dan cermin Tingkap Bali

Ini merupakan sudut yang sudah berusia lebih 5 tahun. Perabotnya sama cuma tukar aksesori dan bunga aje bagi sentuhan baru. takle nampak bosan.

EPISOD RUANG TAMU ALA-ALA INGGERIS

SUDUT HIASAN KENDIRI


Haji Jai

Assalammualaikum, abang aji ni tengah bersiap-siap nak ke surau (xtvt rutin)
subuh dan malam. Kenapa masam aje muko? terkojut nampak hantu pocong ko?Nak kenal inile big bos rumah ni. Orangnya penyayang walaupun ruponyo nampak garang. Saje je beliak mato supayo anak2 takut ckit.Ape kejenya. Samalah kerjaya dgn saya cuma dah senior pegang tugas lebihle. Dia ni bab kerja memang cekap maklumle golongan professional.tak faham, dia le pakar rujuk saya .
Inilah foto Hang Aiman 5 bersaudara (yg tengah bersongkok tu le Aiman). Foto ni diambil masa mereka br balik dr sekolah tu sebab muka semacam aje sebab perut lapoo. Si kecik tu Amsyar terpaksa upah dgn jajan kalu tak, tak mau bergambar lak.Dari kiri Hadi memegang Ikhwan, Aiman pegang Amsyar dan Fahmi. Walaupun semuanya hero tapi Fahmi dan Ikhwan amat pemalu. Hadi lak peramah.Yang rajin menyepah rumah semua laaaa. Pening ibu....